Saturday 9 November 2013

KEJOHANAN CATUR TERBUKA SMK MAK LAGAM


Kejohanan catur terbuka anjuran SMK Mak Lagam Kemaman sedang berlansung di Cherating Bay Resort kejohanan selama dua hari ini akan berakhir petang ini.Seramai 120 pemain dari Pahang ,Kelantan serta Terengganu sedang bertarung dalam dua kategori penyertaan iaitu lelaki bawah 18 serta perempuan bawah 18.Berikut kedudukan semasa sehingga pusingan ke 2.Dua papan pertama disiarkan secara lansung dibawakan oleh Kedaicatur.com pengimport serta pengedar peralatan catur terbesar di Malaysia.

1.Kategori lelaki bawah 18 tahun

2.Kategori perempuan bawah 18 tahun



Berikut siaran lansung kejohanan melihat dua meja pertama setiap kategori.


Monday 28 October 2013

KARISMA UITM 2013 PUSINGAN AKHIR

salam dulu sebelum bermain (Md Ali lwn Abd Rahman
Catur Karisma Uitm 2013 memasuki penamat kejohanan.Hanya 1 pusingan sahaja  dimainkan pagi ini.Pendahulu kejohanan Muhammad Ali Chor dari Uitm Pulau Pinang hanya memerlukan seri sahaja apabila bermain dengan Abdul Rahman dari  Uitm Perak.Sementara itu pemain pemain dari Uitm Shah Alam terus menguasai tempat keatas.Saksikan siaran lansung perlawanan pusingan 7 ini hanya di www.kedaicatur.blogspot.com pengedar serta pengimport peralatan catur terbesar  di Malaysia

Sunday 27 October 2013

CATUR KARISMA UITM 2013

  Petang ini akan berlansung pusingan ke enam sukan uitm Malaysia (Karisma) 2013.Perlawanan 
  meja pertama di antara pendahulu kejohanan Muhd Ali Chor putih akan bermain dengan Muhd       Khairul Hafez.Perlawanan dijangka sengit.Muhd Ali Chor jika berjaya mengalah Muhd Khairul       Hafez akan pulang bergelar juara pelajar Uitm sementara Muhd Khairul Hafez pula sangat               memerlukan kemenagan ini.Saksikan perlawanan di hanya di www.kedaicatur.blogspot.com

 
MUHD ALI CHOR (K) LWN MUHD KHAIRUL HAFEZ (KN)

Saturday 26 October 2013

PESTA SUKAN UITM (KARISMA 2013)

Pertandingan catur Karisma Uitm diteruskan pagi ini dengan perlawanan dijangka menarik diantara dua pemain yang berpengalaman Muhammad Ali Chor yang mewakili Pulau Pinang dan Muhammad Hazzfari.Mereka berdua seringkali meyertai kejohanan di sirkit tempatan.Dibawakan oleh www.kedaicatur.blogspot.com.Pengimport dan pembekal peralatan catur di Malaysia.
Md Ali () lwn Md Hazzfari (k)

PESTA SUKAN UITM (KARISMA 2013)

Karisma UiTM Malaysia masuk kepusingan ketiga pagi ini, meja pertama lelaki perlawanan diantara Muhammad Ali Chor yang mewakili Pulau Pinang akan berentap dengan Muhammad Hazzfari .Kedua dua pemain sering menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh Kelab kelab catur di tanahair.Perlawanan dijangka sengit.Saksikan secara terus hanya di www.kedaicatur.blogspot.com.


Wednesday 23 October 2013

PESTA SUKAN UITM MALAYSIA (KARISMA 2013)

Kedaicatur akan menyiarkan secara lansung kejohanan catur uitm bermula 26hb Oktober hingga 29hb Oktober 2013.Kejohanan tahunan yang berlansung di Uitm Cawangan Dungun.Semua perlawanan bermula jam 9 pagi dan sessi petang bermula 2 petang.

Khairul Hafez (Kiri) berjabat salam dengan lawan beliau.


PERLAWANAN PUSINGAN KEDUA KARISMA UITM 2013

Saturday 2 February 2013

NEW ARRIVAL : JAM CATUR

 DGT SMART BOARD


DGT NA CHESS CLOCK


Kepada yang berminat untuk membeli untuk kegunaan peribadi atau menjadi pembekal perlatan catur sila hubungi saya : Muhammad Arshad 012 9282811